Petua Untuk Demam Kuning
Pilihan 1: Ambil segenggam daun daripada pohon
dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak ke
dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada
waktu pagi dan petang.
Pilihan 2:
a. Ambil seketul nila baju dan rendam di dalam air mandian anak anda.
Setelah ia larut mandikanlah anak anda dengan air nila itu. Di samping
itu, anda hendaklah juga menila lampinnya.
b. Jika anak anda
mempunyai tanda-tanda awal penyakit kuning, rebus buah keranda atau daun
belimbing. Mandikan bayi itu dengan air rebusan tersebut. Campurkan
air tadi bersama air sejuk. Biarkan ia suam terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih banyak-banyak kerana masih sudi komen kt sini ye...:)