![]() |
pic dr google lagi..hihi~ |
Followers
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts
Thursday, 12 September 2013
Hikmah disebalik telinga cik hubby yg dimasuki semut..dan petua yg sangat berguna..:)
Labels:
petua
7 comments:
Monday, 25 March 2013
Petua Untuk Mengesan Kehadiran Sihir
1. Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian.
2. Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada anda, amati bunyi desing dalam kepala. Jika tiba-tiba terasa bunyi berdesing dalam kepala anda, cepat-cepat baca “Auzubillah himinas syaito nirajim” dan terus membaca “Bismillah hirrah manirrahim”. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.
3. Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dengan membaca 3 kul dan selawat syifak. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh.
4. Untuk mengelak perbuatah sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda. Jangan beri kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda.
#Gambar dan artikel diperolehi diambil DARI SINI ..
Labels:
petua,
sihir
No comments:
Monday, 4 March 2013
Air teh pekat untuk cirit birit
Hai...:)

#gambar dari encik GoogLE..~
Semua orang mesti tau dan pernah kene penyakit cirit birit kan?..(mungkin ade yg x pernah kot..hihi..)
Petang nie Reen nk kongsi satu petua yg Reen dpt dari arwah mak Reen dulu..Mulanya Reen pun susah gak nak percaye keberkesanan petua nie..tapi disebabkan Reen pernah satu ketike dulu Reen diserang penyakit nie..then da mkn ubt,minum air garam..telan pil Chi Kit Teck Aun tu pun x ok jugak....so Reen pun teringatla petua nie..Reen amalkan..dan alhamdulillah berkesan plak pd Reen..dan Reen pun da ok...hihii..~

6 comments:
Wednesday, 13 February 2013
Petua Untuk Mudah Bersalin
Pilihan 1: Semasa kandungan anda berusia 6 bulan, amalkan meminum minyak tanak. Minyak tanak adalah santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak. Minum sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Apabila kandungan mencapai 9 bulan, amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.
Labels:
melahirkan,
petua
No comments:
Petua Elak Rambut Cepat Beruban
Ambil segenggam biji betik yang sudah masak.
Kemudian jemur biji betik tersebut. Biji betik yang kering digoreng
tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk sampai lumat
sebelum dimasak dengan semangkuk santan pekat hingga menjadi minyak.
Minyak inilah yang boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian.
Labels:
petua,
rambut
No comments:
Petua Untuk Menghilangkan Gegata(gatal-gatal dibadan)
Pilihan
1: Layurkan beberapa helai daun sirih. Kemudian sapukan pada gegata
yang tumbuh di badan ketika daun sirih itu masih panas lagi.
Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun kunyit dan hancurkan. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gegata.
Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun kunyit dan hancurkan. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gegata.
Labels:
badan,
petua
No comments:
Petua Untuk Melegakan Sakit Kepala
Pilihan 1: Ambil 3 atau 4 keping asam gelugor
atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut
pada keesokkan harinya. Sakit kepala anda akan hilang serta merta.
Pilihan 2: Cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan selama a 5 minit. Sakit kepala akan sembuh.
Pilihan 2: Cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan selama a 5 minit. Sakit kepala akan sembuh.
Labels:
petua,
sakit kepala
1 comment:
Petua Menghilangkan Jerawat Tanpa Krim
1.
Aspirin (ubat demam) - Walau bagaimana cantik sekali pun kulit
seseorang itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Cara untuk
mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh
itu adalah dengan ..
Labels:
jerawat,
minyak zaitun,
petua
No comments:
Petua Untuk Menguatkan Akar Rambut
Parut lobak merah dan perah airnya. Air
perahannya digunakan untuk mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan
kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu
bagi menguatkan akar rambut.
Labels:
petua,
rambut
No comments:
Petua Untuk Merawat Terkena Api atau Air Panas
Pilihan 1 : Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin ke tempat yang sakit atau melecur.
Pilihan 2 : Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya.
Pilihan 3 : Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih itu lekang sendiri.
Pilihan 4 : Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.
Pilihan 2 : Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya.
Pilihan 3 : Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih itu lekang sendiri.
Pilihan 4 : Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.
Labels:
petua
No comments:
Monday, 11 February 2013
Madu Lebah Untuk Mendapatkan Anak
Ramuannya:
1. 3 Ulas Bawang Besar
2. 1 biji telur ayam kampung
3. Madu Lebah secukupnya
Kesemua bahan tersebut hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan. Sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

anak,
petua
2 comments:
Petua Untuk Menahan Mabuk Laut
1. Air halia pekat boleh menahan mabuk
terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah
pemancing minum kopi “O” kosong pekat sebelum naik bot.
2.Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang. Disamping itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau, anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda.
Amalkan petua ini dan jangan terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.

mabuk,
petua
No comments:
Sunday, 10 February 2013
Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan
Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak
tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak
boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah
komputer.. Meskipun begitu, masalah
kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana...
Labels:
petua
2 comments:
Petua Untuk Demam Kuning
Pilihan 1: Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak ke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
Labels:
kuning,
petua
No comments:
Petua Perubatan islam untuk demam panas
Petua Perubatan Islam Untuk Merawat Demam Panas
Pilihan 1: Baca Surah Yaasin dengan sempurna pada benang, Ketika berada di kalimah (مبين) ikatlah benang itu sekali, sehingga menjadi 7 ikatan kerana (مبين) dalam surah Yaasin ada 7 tempat kalimah tersebut. Lalu benang itu diikatkan pada lengan atas (bahu) tangan kanan orang yang demam panas.
Labels:
demam panas,
petua
No comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)