Followers

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, 12 September 2013

Hikmah disebalik telinga cik hubby yg dimasuki semut..dan petua yg sangat berguna..:)


pic dr google lagi..hihi~ 
Hai..:)
Da hampir pukul 2 pagi rupenye..hihi..hurmm..okla sebelum Reen masuk tido..Reen ada  satu kisah yang Reen nak kongsikan kat sini..hihi..Kisah tentang cik abang Reen yg telinganya dimasuki semut.hehe~

Monday, 25 March 2013

Petua Untuk Mengesan Kehadiran Sihir

PetuaUntukMengesanKehadiranSihir 

1. Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian.
2. Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada anda, amati bunyi desing dalam kepala. Jika tiba-tiba terasa bunyi berdesing dalam kepala anda, cepat-cepat baca “Auzubillah himinas syaito nirajim” dan terus membaca “Bismillah hirrah manirrahim”. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.
3. Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dengan membaca 3 kul dan selawat syifak. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh.
4. Untuk mengelak perbuatah sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda. Jangan beri kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda.
#Gambar dan artikel diperolehi diambil  DARI SINI ..

Monday, 4 March 2013

Air teh pekat untuk cirit birit

Hai...:)
 
         #gambar dari encik GoogLE..~

Semua orang mesti tau dan pernah kene penyakit cirit birit kan?..(mungkin ade yg x pernah kot..hihi..)
Petang nie Reen nk kongsi satu petua yg Reen dpt dari arwah mak Reen dulu..Mulanya Reen pun susah gak nak percaye keberkesanan petua nie..tapi disebabkan Reen pernah satu ketike dulu Reen diserang penyakit nie..then da mkn ubt,minum air garam..telan pil Chi Kit Teck Aun tu pun x ok jugak....so Reen pun teringatla petua nie..Reen amalkan..dan alhamdulillah berkesan plak pd Reen..dan Reen pun da ok...hihii..~

Wednesday, 13 February 2013

Petua Untuk Mudah Bersalin



Pilihan 1: Semasa kandungan anda berusia 6 bulan, amalkan meminum minyak tanak. Minyak tanak adalah santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak. Minum sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Apabila kandungan mencapai 9 bulan, amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.

Petua Elak Rambut Cepat Beruban

Ambil segenggam biji betik yang sudah masak. Kemudian jemur biji betik tersebut. Biji betik yang kering digoreng tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk sampai lumat sebelum dimasak dengan semangkuk santan pekat hingga menjadi minyak. Minyak inilah yang boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian.

Petua Untuk Menghilangkan Gegata(gatal-gatal dibadan)

Pilihan 1: Layurkan beberapa helai daun sirih. Kemudian sapukan pada gegata yang tumbuh di badan ketika daun sirih itu masih panas lagi.

Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun kunyit dan hancurkan. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gegata.

Petua Untuk Melegakan Sakit Kepala

Pilihan 1: Ambil 3 atau 4 keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Sakit kepala anda akan hilang serta merta.

Pilihan 2: Cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan selama a 5 minit. Sakit kepala akan sembuh.

Petua Menghilangkan Jerawat Tanpa Krim


1. Aspirin (ubat demam) - Walau bagaimana cantik sekali pun kulit seseorang itu, pasti akan mengeluarkan jerawat sekali-sekala. Cara untuk mengurangkan kemerahan dan mengecutkan jerawat yang baru tumbuh itu adalah dengan ..

Petua Untuk Menguatkan Akar Rambut

Parut lobak merah dan perah airnya. Air perahannya digunakan untuk mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar rambut.

Petua Untuk Merawat Terkena Api atau Air Panas

Pilihan 1 : Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin ke tempat yang sakit atau melecur.

Pilihan 2 : Sapukan sedikit lendir dari daun lidah buaya.

Pilihan 3 : Sapukan dengan putih telur dan tunggu sehingga telur putih itu lekang sendiri.

Pilihan 4 : Sapukan dengan buah manjakani yang sudah ditumbuk lumat.

Monday, 11 February 2013

Madu Lebah Untuk Mendapatkan Anak

Ramuannya:
1. 3 Ulas Bawang Besar
2. 1 biji telur ayam kampung
3. Madu Lebah secukupnya

Kesemua bahan tersebut hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan. Sebelum itu hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

Petua Untuk Menahan Mabuk Laut

1. Air halia pekat boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi “O” kosong pekat sebelum naik bot.

2.Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang. Disamping itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau, anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda.

Amalkan petua ini dan jangan terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.

Sunday, 10 February 2013

Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan

Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana...

Petua Untuk Demam Kuning


Pilihan 1: Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak ke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Petua Perubatan islam untuk demam panas


Petua Perubatan Islam Untuk Merawat Demam Panas

Pilihan 1: Baca Surah Yaasin dengan sempurna pada benang, Ketika berada di kalimah (مبين) ikatlah benang itu sekali, sehingga menjadi 7 ikatan kerana (مبين) dalam surah Yaasin ada 7 tempat kalimah tersebut. Lalu benang itu diikatkan pada lengan atas (bahu) tangan kanan orang yang demam panas.