Petua Elak Rambut Cepat Beruban
Ambil segenggam biji betik yang sudah masak.
Kemudian jemur biji betik tersebut. Biji betik yang kering digoreng
tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu, tumbuk sampai lumat
sebelum dimasak dengan semangkuk santan pekat hingga menjadi minyak.
Minyak inilah yang boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian.