Followers

Wednesday, 13 February 2013

Petua Untuk Mudah Bersalin



Pilihan 1: Semasa kandungan anda berusia 6 bulan, amalkan meminum minyak tanak. Minyak tanak adalah santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak. Minum sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Apabila kandungan mencapai 9 bulan, amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.



Pilihan 2: Bagi memudahkan anda bersalin, telan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi, seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

Pilihan 3: Ambil seluruh pokok keladi kemoyang, termasuk daun dan akarnya sekali. Bersihkan dan kemudian rebus pokok keladi kemoyang sampai mendidih. Amalkan meminum air rebusan keladi kemoyang setiap hari, bermula dari beberapa minggu sebelum tarikh bersalin. Amalan ini dikatakan boleh membantu melancarkan proses melahirkan bayi, di mana si ibu tidak perlu terlalu meneran semasa bersalin kelak.