Followers

Sunday, 17 February 2013

Menyingkap Rahsia Saka Dan Keturunan

Assalammualaikum..
SAKA..pasti ramai yg pernah dengar perkataan tu,kan..Kat sini Reen nk kongsikan serba sedikit mengenai saka tu..nak tau lebih lanjut? teruskan membaca ye..
Definasi Saka:
Saka adalah jin yang telah berada di dalam tubuh yang sudah sekian lama hingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya terjadi dalam keadaan dia sedar atau pun tidak kerana ianya diwarisi daripada keturunanya yang terdahulu. Mungkin ianya daripada ibu, bapa, datuk, nenek atau mereka yang sebelumnya lagi.
 
Saka ini wujud disebabkan datuk-nenek (keturunan yang sebelumnya) mempelajari atau mengamalkan ilmu-ilmu tertentu yang membabitkan jin. Jin-jin ini diperturunkan kepada keturunan berikutnya samada secara langsung atau tidak dan boleh juga atas pilihan jin itu sendiri.
Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, polong dan lain-lainnya memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Walaupun dikenali dengan pelbagai nama, hakikatnya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali sebagai jin dan syaitan.
Dalil:
Persahabatan manusia dan jin dalam bentuk ‘khadam’ telah dinyatakan di dalam al-Quran seperti firman Allah s.w.t.:
“Dan bahaawasanya ada di kalangan beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta pelindungan daripada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” – surah al-Jin ayat:6
Jin yang dijadikan kahdam itu akhirnya menjadi saka yang diperturunkan kepada keturunan dari kalangan anak-cucu (mereka yang ada pertalian darah). Ini disebabkan oleh perjanjian di antara pengamal ilmu tersebut dengan pihak jin. Adalah lebih malang lagi jin tersebut juga boleh berpindah kepada mereka yang ada hubungan rapat dengan keluarga pemilik saka walaupun bukan dari pertalian darah. Ini boleh terjadi kepada anak angkat atau menantu atau boleh juga berlaku ke atas teman atau sahabat.
Pertalian jin Dan Saka:
Terdapat pertalian yang di antara jin dan saka. Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan (pusaka) itulah yang dinamakan saka.
Dari Abu Tha’labah berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: “Jin itu mempunyai 3 jenis: Satu yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu lagi jenis yang berpindah-randah.”
Jin yang berpindah-randah diklasifikasikan sebagai jenis yang menjadi saka disebabkan jin jenis ini boleh berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.
Ciri-ciri orang memiliki saka:
Secara umumnya orang memiliki saka mempunyai kebolehan mengubat orang sakit yang disebabkan jin tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:
  1. Kebanyakan mereka mempunyai  mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang mempunyai tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-Jilani, Syeikh Bahaudin an-Naqsyabandi, Syeikh abu Hasan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cuma jin yang datang dari saka.
  2. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah.
  3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak difahami.
  4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
  5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.
Masa Saka Berpindah:
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek-moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia memcari perumah/pembela yang baru dari kalangan anak-cucu tuannya yang telah meninggal dunia tersebut.
Proses Perpindahan Saka:
Berikut adalah kronologi bagaimana saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:
  • Apabila pemilik jasa itu mati; jasadnya mati setelah roh keluar dari jasad. Namun jin yang mendampingi pemilik saka itu tidak mati kerana umur jin lebih panjang berbanding dengan umur manusia.
  • Apabila jasad pemilik saka telah dikembumikan, jin pendamping tersebut bebas dan berada di dalam keadaan seperti layang-layang terputus talinya. Lalu jin tersebut berkeliaran di atas muka bumi mencari rumah tumpangan yang baru.
  • Kemudian saka tersebut berpindah kepada anak-cucu pemilik saka tersebut sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut berpindah kepada anak-cucu yang mengamalkan jampi-jampi yang diajar oleh pemilik saka tersebut.
  • Saka itu juga boleh berpindah kepada anak-cucu yang menyimpan barang-barang peninggalan si mati. Ada juga kes yang berlaku di mana saka tersebut berpindah kepada penyimpan barangan tersebut walaupun penyimpan itu buka dari darah daging simati (pemilik saka).
  • Orang yang amat berpotensi mewarisi saka tersebut adalah mereka yang tinggal bersama semasa hayat pemilik saka atau orang menjadi harapan keluarga atau orang yang diharapkan sipemilik saka untuk mewarisi saka tersebut.
 
 nak tau lebih lanjut..klik sini ok..