Petang semalam Reen buat Roti sardin bersalut telur..sbb ank2 dan hubby request suruh buat..hihiii~Tetibe teringin plak nk masukkan resepi tu kt sini..saje nk berkongsi..sbb resepi nie tersangatlah mudah..ringkas dan tak memerlukan kos yg mahal..
Lagipun resepi nie sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang..(Tapi Reen tak kisah..bile-bile teringin..ada bahan terus buat je..kikikiiii~)
Oklah.kt sini Reen sertakan resepinya..dan kalau ada yg tercari-cari menu yang sesuai untuk breakfast@tea time atau minum petang..apa kata anda mencubanya ok..:)
Oklah.kt sini Reen sertakan resepinya..dan kalau ada yg tercari-cari menu yang sesuai untuk breakfast@tea time atau minum petang..apa kata anda mencubanya ok..:)
BAHAN-BAHANNYA:
1 bungkus roti gardenia.. (* nak guna brand lain pun boleh je..:) )
1 biji putih telur untuk melekatkannya. (* guna tepung gandum pun boleh,tapi pastikan bancuhan tepung tu agak pekat ye..:) )
BAHAN-BAHAN INTI:
1 tin besar sardin cap ayam @ king cup.. ( *ambil isinya saja..)
2 sudu besar cili kering yg da dikisar halus
1 biji bawang besar di cincang
4@5 biji cili padi dihiris nipis.. ( *ikut citarasa dan kepedasan sendiri tau..:) )
sedikit garam dan serbuk perasa secukupnya
cara-cara membuatnya:
1. Buang bahagian tepi roti (keraknye)..kemudian gelek roti tersebut hingga nipis..( Ala..gelek gune cawan plastik yg tak bertangkai pun boleh..)2. Untuk intinya..panaskan sedikit minyak..lepas tu masukkan bawang merah@ bawang besar dan cili padi tadi..
3. kemudian bila da hampir garing..masukkan pula sardin yg telah dihancurkan..Gaul sebati..
4.Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa..masak dalam 3,4 minit lagi dan tutup api..
5.Ambil sekeping roti roti yg telah digelek..letakkan sedikit sardin dibahagian tengahnya..kemudian gulung..
6. Gamkan bahagian hujungnya dengan sedikit telur putih @ tepung gandum..dan picit-picitkan bahagian kiri dan kanan roti itu supaya intinya tak terkeluar..
7. Panaskan minyak..then bile minyak da panas..celupkan roti tersebut kedalam telur,dan gorengkan menggunakan api yg perlahan..
8.Masak hingga menjadi keemas-emasan..dan akhir sekali..bile da masak..tutup api dan sedia dinikmati.....
SELAMAT MENJAMU SELERA YE!hihii~
4 comments
sedapnyer...
tetibe lapor...
tapi roti sardin xder.. makan kerepek bawang jer..hehehehe
hihii..xpe Inda..nnt beli sardin boleh wat ye..hihiii~:)
wah..sedapnye..m3h suka roti sardin ni..
@fairus mohamad noor hihi..tulaa..mmg sedap2..buat untuk ank2 mmg diorg suka..:)