Followers

Monday, 11 February 2013

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin..
yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-

1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.

3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.

4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.

6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.

7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.

8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi

9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil

10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan

11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.
12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal

13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.

14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama

15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk

16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.

18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.

19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.

20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.

21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.

22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.

23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.

1 comment

25 March 2013 at 22:25

kak, ada beberapa perkara jgk la yng sy pernah terjadi.. yng menyusukan bby pun ada..terus bngun pagi mcm stress..xtahu napa.. yang semalam sy mimpi tu, sy ada nak kecik..umur mcm 6bln..tapi bdan semangat sngt + comel sngt..yng sy blh thu tu bby sy sebab sy bhsakan diri mama pd bby tu..

pernah juga sy mimpi, memula saya pregnant.. pastu dapat mimpi dapat bby boy.. pastu mimpi lagi, pregnant, dapat baby girl.. kali ni mimpi bby boy balik.. pastu kan pernah 2kali ke 3hari berturut2 mimpi sy tu.. sebab tu tergerak hati buat entry kat blog.. kut la ada sapa2 tahu..sebab dalam tmpoh bertunang ni, kerap jgk dapat mmpi baby..

Post a Comment