Assalammualaikum.. :)
Senggugut ataupun PAIN PERIOD..adalah penyakit yg biasa dialami oleh kaum wanita,sama ada sudah berkahwin ataupun belum..penyakit nie kalau da menyerang..fuhh,sakitnye janganla cakap mcmane..memang tak terkate..Kdg-kala ada juga sampai pengsan dibuatnye..betul tak?So..jom kite fahami lebih mendalam lagi tentang penyakit kaum hawa nie,dan cara untuk mengatasinya...ok..hihii~
APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia
merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan
dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan
mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja ,
sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai
faktor.
Haid
normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer,
sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa
bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem
reproduktif saperti endometriosis.Jenis-jenis Senggugut..
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut
primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari
biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari
itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut.
Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan
kelahiran anak.
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
- rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke
kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan
atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;
* tegang pada payu dara
* pening kepala ,
* rasa ‘pitam’
* perut kembung
* mual(50%) dan muntah(25%).
* sembelit atau ceret-beret (35%)
* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
* Sejarah keluarga juga punyai senggugut
Kenapa ia berlaku?
Banyak
sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon ‘prostaglandin’ di
sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim
ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi
konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?
Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
- ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di
bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen
(hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan
terlecur
- Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
* Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.
Dengan Ubat:
- sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.
Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa
keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung
memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa
membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit
kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah
Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut
Setelah
di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut
ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang
sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga
yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini
berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan
kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan
seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan
kuat yakni senggugut.
Senggugut sekunder
Di antara penyakit termasuk
* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat
lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah
pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu
yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di
sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya
berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada
sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.
Rawatan Senggugut sekunder
Ubatan
– lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti
inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan
yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi
atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan
pembedahan adalah definitif.
Kerap
berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif,
walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di
sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan
laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih
dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan
membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.
Komplikasi
Komplikasi
dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya. Sekira
jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar)
pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh
mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.
Di
era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat
kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk
mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan
bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut
ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan
ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di
gunakan pada jangkamasa yang panjang.Sumber nie saya perolehi dari Sini..
Semoga berguna untuk kita bersama nanti..
:)