Followers

Thursday 14 February 2013

 
---> Sekadar perkongsian <---
♥ KISAH SEEKOR IBU AYAM BERSAMA ANAK-ANAKNYA.. ♥
kisah ini berlaku didepan mataku sendiri..dan kisah ini juga telah menyedarkanku betapa hebatnya kuasa Allah..dan betapa haiwan juga mampu menggunakan akal yg ada..semata-mata untuk meneruskan hidupnya..

Pagi ini..sewaktu ku membuka pintu dapurku..pandanganku tertarik bila melihat seekor ibu ayam..bersama beberapa ekor anaknya yg baru menetas kukirakan..berada dikaki lima dapurku..

betul2 dihadapan longkang batu yg agak dalam juga bagi seekor anak ayam kecil sebegitu..Si ibu..telah berjaya menyeberangi longkang tersebut untuk mengais
makanan di tanah..sedangkan anak-anaknya masih lg mundar-mandir dikaki lima..terkial-kial untuk berusaha mendapatkan si ibu yg berada agak jauh darinya..
Melihatkan keadaan sebegitu..timbul rasa kasihan dihati melihat anak-anak ayam itu yg bergelut antara berjaya dengan tidak..untuk menyeberangi longkang itu..
Diantara beberapa ekor anak ayam itu..ada diantaranya telah nekad..akhirnya berjaya juga mendapatkan si ibunya..sedangkan yg masih tertinggal ..ada yg mendiamkan diri dan melihat saja si ibu dikejauhan..dan ada juga yg kesana ke mari..mungkin kerana keinginan untuk menjejaki si ibu dan adik-adiknya yg lain..antara berani dengan tidak..
Aku perhatikan lagi..si ibu..walaupun telah berjaya menyeberangi..kulihat ia tetap jua menghampiri anak-anaknya yg masih tertinggal..tp kemudian pergi lg..namunku amat pasti..ia amat bimbangkan anak-anaknya....
Didalam keasyikan ku memerhatikan gelagat si ibu dan anak-anaknya itu..tiba-tiba ku terpandangkan sekeping papan tidak jauh dariku.. Niatku cuma satu..iaitu ingin menyatukan kembali si ibu dan juga anak-anaknya..agar ia dpt bersama kembali meneruskan pencarian mereka utk mengisi perut...
Lalu..perlahan-lahan ku ambil papan tersebut..lalu kuletakkan ditengah tengah antara longkang itu..dengan harapan anak-anak ayam itu akan dapat melaluinya untuk mendapatkan si ibu yg sedang menanti.....
Agak lama kulihat reaksi anak-anak ayam tersebut melihat tindakanku itu..namun akhirnya perlahan-lahan..seekor demi seekor berjalan melalui papan itu..dan akhirnya..ia dapat juga bersama dengan ibunya.....
KEJADIAN INI BEGITU MENYEDARKAN DIRIKU..BETAPA HEBATNYA SEMANGAT SI IBU DAN ANAK-ANAK AYAM INI..YG TAK PERNAH BERPUTUS ASA MENEMPUHI DUGAAN YG ADA DEPAN MATA..SEMATA-MATA KERANA KASIH SAYANG..DAN NEKAD UTK MENERUSKAN HIDUP..
sESUNGGUHNYA DALAM HIDUP INI..PASTI AKAN ADA JUA DUGAANNYA..jALAN PENYELESAIAN ITU ADA..KITA YG TENTUKAN MANA SATU YG AKAN DIPILIH..UNTUK MEMASTIKAN IMPIAN HIDUP KITA KAN TERCAPAI..HANYA SEMANGAT DAN KEPUTUSAN YG BETUL KITA PILIH..ITULAH YG MEMBAWA KEPADA JALAN HIDUP YG KITA INGINKAN...
♥ ♥ ♥

2 comments

15 February 2013 at 10:51

Assalamualaikum kak reen. baiknya akak memudahkan anak2 ayam tu. alhamdullilah. kadang2 kalau kita duk diam dan perhatikan sekeliling. banyak benda boleh dijadikan pedoman hidup kan...

*teringat pula zaman kecil dulu suka curi anak ayam, pastu kalerkan dia hehehe jadi anak ayam belaan pula :)

15 February 2013 at 11:36

betul tu sheila..kebetulan terjadi depan mata..dan tak sampai hati plak bile tgok situasi tu...akk pun dulu suke kjar anak ayam..lagi laa yg warna warni tu..geramm je tgokk..hihiii..~

Post a Comment